Kehidupan peribadi Ain Edruce

Ain Edruce dilahirkan dan dibesarkan di Taiping. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan pemegang Ijazah Sarjana Komposisi Muzik di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam, Selangor.[6]

Beliau sebelum ini pernah menjalin hubungan dengan pelakon Ezzrin Loy yang juga adik pelakon Elfira Loy, namun berpisah akibat perbezaan kreatif.[7] Ain juga pernah dikaitkan bercinta dengan seorang kerabat diraja.[8]

Ain mendedahkan dalam temubual bersama New Straits Times bahawa beliau pernah menjadi mangsa perbuatan menghina rupa fizikal semasa zaman remajanya.[9]

Ain bertunang dengan ahli perniagaan Amirul Hafiz Mustaffa pada 22 Jun 2019,[10] pasangan ini berkahwin pada 13 Disember.[10] Ain dilaporkan berkata beliau akan terus bergiat aktif dalam kerjaya seni selepas perkahwinannya.[10]